NILAI: Sektor makanan halal dalam negara dilihat terus berkembang dengan jualan makanan halal di Malaysia dijangka mencecah RM50 bilion pada tahun ini sekali gus berupaya menjadi pusat industri halal global.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, untuk tujuan itu pelbagai inisiatif dilancarkan kerajaan bertujuan mempertingkat kualiti produk halal dan menarik lebih banyak pelaburan asing ke Malaysia.
"Ini termasuk penganjuran Karnival Mega Fatwa dan Halal Peringkat Kebangsaan seperti ini yang bertepatan dengan semangat yang ingin dibawa iaitu semua pihak berkepentingan bergabung tenaga, usaha dan idea mengangkat agenda kesedaran halal negara kepada masyarakat.
"Kita juga melaksanakan dan memperkasa pelbagai program pendigitalan melalui aplikasi sistem MyeHALAL yang membantu usahawan dalam menjimatkan masa dan menyenangkan proses memohon persijilan Halal Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Karnival Mega Fatwa dan Halal Peringkat Kebangsaan 2023 serta melancarkan Sahabat Halal IPT di Universiti Sains Islam Malaysia di sini hari ini.
Mohd Na'im berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga membangunkan dua aplikasi halal Malaysia iaitu SmartHalal dan Verify Halal yang menjadi rujukan pengguna dan industri bagi memperoleh info berkaitan pensijilan halal negara.
Dalam pada itu, beliau berkata Sahabat Halal IPT akan bertindak sebagai jurucakap kepada JAKIM dan jabatan agama negeri-negeri bagi memberikan penjelasan dan ilmu tepat berkaitan isu dan pengurusan halal dalam negara khususnya kepada komuniti pelajar.
"Dalam konteks ini kita nak sampaikan dakwah dengan pelbagai cara terutama melalui media sosial, anak-anak muda mereka pakar teknologi, jadi saya harapkan dengan ilmu tentang pengurusan halal itu dapat dioptimumkan contohnya melalui penggunaan tik tok yang lebih rapat dengan mereka.
"USIM sebagai perintis dan harap banyak lagi institusi pengajian tinggi termasuk swasta akan sertai. Kita membangunkan satu model yang seragam...Kita harapkan USIM menjadi pusat penyelarasan dan membangunkan modul untuk latih Sahabat Halal IPT," katanya menambah seramai 39 mahasiswa USIM menjadi Sahabat Halal IPT setakat ini.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) dan JAKIM dalam masa terdekat akan memperhalusi isu berkaitan waris perlu membayar cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang ditinggalkan si mati.
"Sebelum perkara ini dibawa Jawatankuasa ke MKI, ia perlu mendapatkan pandangan panel pakar terlebih dahulu, dan dibawa kepada sub jawatankuasa pakar yang akan bincang perkara tersebut. Ia penting diperjelaskan kepada orang Islam bagi mengelakkan salah faham," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas perbezaan pandangan antara dua mufti iaitu Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dan Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berhubung perkara berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 04 2023
Mohd Na'im berkata, pelbagai inisiatif dilancar kerajaan untuk mempertingkat kualiti produk halal dan menarik lebih banyak pelaburan asing ke Malaysia. - Gambar fail
Kes COVID-19 Singapura naik hampir dua kali ganda
Untuk melindungi kapasiti katil hospital dan sebagai langkah berjaga-jaga, hospital awam diminta mengurangkan kes pembedahan elektif yang tidak mendesak dan memindahkan pesakit yang sesuai ke kemudahan penjagaan seperti Kemudahan Penjagaan Peralihan atau di rumah melalui Mobile Inpatient Care@Home.
Faisal Halim tunjukkan kesembuhan positif - Adam Adli
Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim, kini menunjukkan tanda-tanda kesembuhan yang positif.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Kestabilan politik bawa pembangunan dan kemajuan di Sarawak - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sarawak.
AWANI Ringkas: Faisal Halim tunjuk perkembangan positif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerjasama Malaysia-Uzbekistan tawar potensi amat besar - PM Anwar
Kerjasama antara Malaysia dan Uzbekistan menawarkan potensi amat besar yang boleh mentransformasikan dan memodenkan pembangunan ekonomi kedua-dua negara serta menarik pelaburan, kata Perdana Menteri D
Warga emas tunai haji selepas lima kali terima 'jemputan'
Walaupun tanpa peneman, namun ia tidak menghalang dirinya daripada menjadi Duyufurrahman (tetamu Allah) bagi musim haji 1445H/2024.
Pemimpin Israel berpecah kerana tadbir urus Gaza pasca perang
Netanyahu juga berada di bawah tekanan Washington untuk mengakhiri konflik dengan segera.
Haji: Petugas media main peranan penting tangkis berita tidak benar
Perkara itu perlu bagi memberi gambaran sebenar apa yang berlaku di Tanah Suci kepada rakyat Malaysia.
Tiada masalah terima 'bak kut teh' kalau benar-benar halal - Misbahul Munir
Teresa Kok antara yang membawakan isu tersebut, menegaskan pengiktirafan itu tidak harus dipertikai kerana ia dijangka mampu menarik ramai pelancong ke Malaysia.
Makanan halal Taiwan diketengahkan pada acara MIHAS 2023
Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA) mengetengahkan lapan penggiat industri halalnya pada acara tahunan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2023 yang bermula semalam.
Umat Islam perlu berhati-hati pilih makanan, minuman - Mufti
Mufti Pulau Pinang berkata, Islam melarang penganutnya meminum minuman memabukkan dan makanan tidak halal.
Jualan makanan halal negara dijangka capai RM50 bilion tahun ini - Mohd Na'im
Pelbagai inisiatif dilancar kerajaan untuk mempertingkat kualiti produk halal dan menarik lebih banyak pelaburan asing ke Malaysia.
Syarikat Jepun mahu tembusi lebih jauh pasaran halal di Malaysia
Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2022) edisi ke-18 menjana minat amat besar terhadap produk makanan Jepun yang diperakui halal.
Kemasukan makanan halal tetap tertakluk di bawah Perintah Perihal Dagangan
Jakim telah mengiktiraf 84 badan pensijilan halal luar negara daripada 46 buah negara di seluruh dunia.
Jalinan kasih nenek, dua cucu berlainan agama tetap utuh
Tanggungjawab itu dipikul V Chandra selepas cucu-cucunya kematian ibu mereka tahun lalu akibat Covid-19.
Atlet beragama Islam selesa di Perkampungan Atlet Clark dengan makanan halal, bilik solat
Pesilat Brunei, Anisah Najihah Abdullah berpuashati dan kagum dengan kemampuan tuan rumah menyediakan kemudahan terbaik untuk atlet yang bertanding, selain turut peka dengan menyediakan makanan halal.
Wanita Muslim belanja lebih RM335 bilion semasa melancong
Laporan 'CrescentRating Muslim Women in Travel 2019' menunjukkan wanita Islam membentuk 45 peratus daripada pelawat Muslim di peringkat global.
Hai orang Malaysia, salam dari Azerbaijan!
Tidak keterlaluan jika katakan Baku, Azerbaijan seperti kota London!